Daftar Product Anda Sekarang Untuk Promosi Bulan Ramadhan

Koperasi Guru Besar Selangor Bhd (KOGUBEST) adalah gabungan sekolah-sekolah rendah di Selangor yang kini telah mula berkecimpung di perniagaan online melalui platform jualan kami KOGUBEStore. Melalui platform ini, barangan dan perniagaan terpilih akan dipromosikan ke semua warga sekolah di Selangor, yang juga akan melangkaui sempadan Kuala Lumpur termasuk ke ibubapa pelajar. Sempena bulan Ramadhan, kami ingin menjemput para peniaga utk mendaftar diri bagi segmen Ramadhan Special. Produk dan servis yang akan dipromosi termasuk jualan juadah istimewa pada bulan ramadhan, barangan yang dinilai sebagai unik utk bulan ramadhan untuk belian pengguna ataupun keluarga mereka.

Sila emel kami di daftar@kogubest.com jika anda berminat untuk sertai platform jualan kami, dan kami akan hubungi anda dengan kadar segera.